Monday, November 28, 2011

Coretan Hati seorang Hamba



Puji-pujian buat Pencipta yang mendatangkan mudarat dan fadilat atas diriku, juga yang memberi dan berhak mengambil roh yang bersemadi di dalam jasad kerdil ini. Selawat serta salam buat Nabi S.A.W, keluarga dan sahabat baginda. Moga diri yang dhaif ini mampu merasai secebis kemanisan semangat perjuangan mereka lantas mewakafkan seluruh kehidupan atas perjuangan mulia ini. Insya ALLAH.

Alhamdulillah. Ujian yang datang, membawa pergi ketenangan hati. Namun, kasihnya Ilahi pada hamba yang sering memungkiri janji tidak putus walau sedetik. Allahu rabbi, tetapkan diri jua hati ku di jalan ini. Walaupun sukarnya hanya Engkau yang mengetahui, namun masih ku simpan semangat jihad seorang lelaki para syuhada. Masih ku impikan watak ketenangan wajah sahabat kesayangan Rasulullah, Abu Bakar yang tenang bilamana mendengar wafatnya Rasulullah.

Ya Ilahi, terkoyak ketenangan yang puas disisip rapi dek panahan ujian perempuan. Hilang sukma rindu bertemu nikmat qiamullail dek panahan mazmumah yang bersarang di hati. Resah dan tangisan yang tak juga pergi. Namun Engkau sajalah yang mengerti betapa ku dambakan secebis ketenangan buat sisipan perjuangan ini. Dugaan datang menerjah kedangkalan akalku yang satu. Lalu, apa lagi yang ku miliki selain meminta pada Mu ya ALLAH. Kerna ku tahu, di atas setiap ujian yang menimpa, masih ku punya ALLAH yang Esa, yang Maha Mendengar dan Bijaksana dalam merencana kehidupan. Siapalah aku yang hina ini, selain merintih dan mengadu pada Mu.

Kata ayah, tiada perjuangan yang MUDAH. Lantas itulah dinamakan PERJUANGAN kerana setiap yang bakal dilakukan akan direntangi pelbagai ujian. Hatta kekasih ALLAH juga diuji dalam dakwahnya, inikan pula kita yang kerdil disisi Nya. Siapakah kita untuk mempersoalkan ujian yang hadir? Siapakah kita untuk mempersoalkan takdir yang ditetapkan?
Masih terasa peritnya cintaku pada seorang hambaMu ya Allah.Ibarat hati ini dipermainkan Apa salah aku padanya?Aku tidak pernah permainkan perasaanya?Ya Ilahi hanya Kau saja yang mampu memahami perasaan dalam jiwaku..butiran permataku menitis kesayuan..hanya doa mampu kupanjatkan untuk ketenangan dalam jiwaku.Kata ayah..usahlah bersedih sekiranya tidak memperolehi cinta dari sesorang wanita tapi bersedihlah bilamana kita tidak memperolehi cinta dari Pencipta.Terkedu diriku apabila mengingati uslub-uslub dari ayahku

Basah hatiku, tangisan berpanjangan hingga memudaratkan kesihatan yang selalu terumbang ambing. Lebih ku relakan jasad hina ini diuji dengan pelbagai mehnah berbanding ujian atas ketenangan hati. Namun, siapakah aku untuk menolaknya? Hilang secebis ketenangan sudah cukup untuk kehilangan nikmat kesihatan. Namun, tak pernah hilang rahmat Tuhan. Allahuakbar! Allahuakbar! Tiadalah yang lebih indah melainkan sentiasa dalam perhatian Mu.

Alhamdulillah, hikmah atas ujian yang datang. Semoga hati semakin utuh di jalan tarbiyyah.. Tidak sekali ingin melarikan diri dari medan juang, sekadar ingin mentarbiyyah hati dengan pelbagai sudut ilmu ALLAH. Alhamdulillah, ketenangan yang di dambakan, ditemui dalam surah al-Rahman.

Ayah mewajibkan aku mengamalkan surah al-Rahman sebaik mungkin dan memelihara kalamnya di hati. Aku menarik nafas berat, sungguh! Terlalu lama diri ini meninggalkan hafazan Quran Saban hari, surah Yaasin, al-Waqiah, al-Insyirah, al-Ikhlas, An-Naas jadi teman sanubari namun aktiviti menghafaz sudah beberapa ketika ditinggalkan dek kerana sibuknya dengan aktiviti lain. ALLAH nak beri mau’izzah pada aku dek kerana melepaskan aktiviti wajib suatu ketika dulu. Terima kasih ya ALLAH atas ujian yang menimpa!

Menggeletar seluruh tubuh saat membaca kalam demi kalam surah al-Rahman, terasa roh diisi dengan ketenangan.Surah yang penuh dengan mengagungkan Ilahi meresap didalam sanubariku. Rembesan mutiara air mata masih berbaki. Ya ALLAH, terima kasih di atas setiap titisan air mata ini. Inilah nikmat yang tiada taranya, yang mampu menenteramkan gelora hati, yang mampu menzahirkan bahagianya dalam ujian Mu... Ya Ilahi, jangan biarkan diriku walau sedetik dalam nikmat duniawi andai ia menyebabkan hamba Mu melupakan akhirat yang kekal abadi.Tidaklah hati bersarang mazmumah ini mengimpikan watak seorang para syuhada yang mengimpikan Ainul Mardhiah bidadari syurga.Namun, tidak sekali ku menjauhi sunnah Rasulullah. Bukanlah dari umatku andai tidak mengikuti sunnahku. Menggeletar seluruh badan mengingatkan amanah Rasulullah yang dicintai.

Penulisan ini adalah sebahagian pengalaman dari hidup sesorang.Pengalaman hidupnya ketika bercinta di alam remaja banyak memberi kegusaran dalam hatinya.Di adaptasi supaya dapat memberi manfaat kepada semua pembaca..nantikan penulisan saya yang seterusnya yang bertajuk berbalaskah cintaku?InsyaAllah.. 




Ya Allah andainya dia ditakdirkan untuku,biarlah agama menjadi penguat ikatan ini.andai selain dari mengharap redhaMu, relakan diri ini terus menyendiri.Sesungguhnya hati,roh dan perasaan ini telah ku tinggalkan bersama jasad yang bersemadi.Ya Ilahi andainya dia bukan miliku redhakan hatiku dengan ketentuanMu, aku yakin hanya pada Engkau tempat aku bergantung segala jodoh dan takdir..ameenn..Ya Rabbul alamin...


Sekadar Hiasan



5 comments:

  1. Teruskan menulis dik..semoga penulisan yg dikongsi ini menjadi satu ibadah disisiNya..teruskan tersenyummm:)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..Mudahan mcm kak..trima ksih ats sokongan dan tunjuk ajar..ye..sentiasa senyum walau apa jua ujian..:-)

    ReplyDelete
  3. im waiting for the next entry shukran.. x sabar nak bce smbgnnye =)

    ReplyDelete
  4. bahan dah ada..cuma belum di post sbb ade bnda yg blm edit lg..tngu bis final kot...insyaAllah

    ReplyDelete
  5. shukran,ble nk wt entry baru ni..sy tertunggu-tunggu ni.. ^_^

    ReplyDelete