Wednesday, March 30, 2011

Menuju cinta Murabbi


Didalam celahan cahaya seorang hamba diri kita perlu kuat untuk mencari keredhaan Allah…Setiap manusia itu perlu kekuatan untuk sentiasa mencari yang terbaik dalam hidupnya, mengharapkan keredhaan Tuhan dalam dunia yang penuh dengan cabaran..bukanlah sesuatu yang mudah bahkan memerlukan pengorbanan yang besar.Sedarkah kita semua..bila mula-mula sekali kita dilahirkan di dunia ini…kita menangis sedangkan orang disekeliling kita tersenyum menyambut kelahiran kita apabila kita dilahirkan…kita telah diberi pingat gagah berani…pingat ini diberikan kepada kita kerana kita sahaja yang sanggup memikul taklif khalifah di bumi…jawatan tersebut telah ditawarkan kepada sekalian makhluk…namun hanya manusia sahaja yang sanggup untuk memegang jawatan tersebut…mengapa??? bukankah Allah telah berfirman didalam surah At-Tin…


 لقد خلقنا الإنسن في أحسن تقويم

4.  Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya .

Hal ini telah membuktikan bahawa manusialah yang paling layak untuk memegang taklifat sebagai khalifah Allah dibumi ini.Namun adakah layak untuk kita sebenarnya memegang taklifat ini?para malaikat juga pernah menyindir manusia..dan dirakamkan oleh Allah didalam surah Al-Baqarah…"Ketika Allah berkata,Aku ingin menjadikan didunia ini seorang khalifah..lalu malaikat bertanya, mengapa Kamu ingin menjadikan didunia ini mereka yang melakukan kefasadan dan saling menumpahkan darah antara satu dengan lain.Sedangkan kami bertasbih, bertahmid dan menyucikan diri pada Engkau..lalu berkata Allah, sesungguhnya aku ini lebih mengetahui apa yang tidak engkau ketahui…" nah disini Allah telah mengangkat manusia sebagai khalifah…Allah jualah sebaik-baik perancang…


Ketika Di Jerash

Namun jika dilihat pada zaman kini…adakah manusia ini layak untuk memegang taklifat khalifah…adakah silap Allah merancang…jawapnnya semestinya TIDAK…Mengapa??Kerana perancangan Allah itu sangat rapi…salahnya diri manusia itu sendiri yang semakin alpa dengan dunia yang dihiasi syaitan dengan ’sebaik-sebaik′ perhiasan.Manusia telah jatuh kepada perangkap syaitan.Bukankah syaitan telah meminta izin daripada Allah untuk meyesatkan anak cucu nabi Adam.Allah telah mengizinkan dan juga telah memberi jaminan bahawa mereka yang tetap dengan agama Allah tidak akan boleh diperdayakan oleh syaitan..nah disini..salah siapa yang menyebabkan manusia ini semakin alpa dengan dunia…
Ketahuilah ikhwanku semua…sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri. yakinlah..janji Allah itu benar…
Justeru itu…ambillah kembali pingat gagah berani yang diberi oleh Allah untuk kita.Ingatlah kembali perjanjian kita kepada Allah sebelum kita diizinkan oleh Allah untuk lahir di dunia ini…Allah bertanya kepada kita dengan firmanNya:

 Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku Ini Tuhanmu?" mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap Ini (keesaan Tuhan)                                                          (surah Al-A'raf 172)


"Alastu birabbikum qalu bala..shahidna.." (bukankah Aku ini Tuhan kamu..manusia menjawab..YA..bahkan kami telah bersaksikannya).kemanakah perginya janji yang telah kita ucapkan…maka siapakah yang melanggar janji..Allah atau manusia??? fikirkanlah…sungguhpun kita melanggar janji..Namun, Allah tetap memberi keampunan kepada kita walaupun pelbagai laranganNya telah kita mungkiri kerana Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih.






Tuesday, March 29, 2011

Menuju Cinta Ilahi

Alisya benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yang terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Alisya memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Aiman bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Aiman bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Aiman untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Alisya makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yang bernama lelaki itu. Sehinggalah pada suatu hari, Alisya bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yang singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yang berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Alisya menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Alisya tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Alisya tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.Sejak mengenali Danisya, Alisya mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Alisya yang dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yang menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Alisya seakan-akan mampu melupakan Aiman. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Aiman. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Aiman versi wanita baginya. Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Alisya. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yang ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda cuba untuk mendekatinya, namun Alisya segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yangg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya. Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Alisya sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Alisya. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Alisya membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.
Assalamulaikum…
Kehadapan Alisya binti Abdul Razak, gadis yang selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya. Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku. Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua. Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.Sekian, wasalam.



Yang Benar, 
Aiman


 
Alisya terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Alisya mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Aiman disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Aiman dan Alisya, anda bagaimana?

Friday, March 25, 2011

Warkah Untuk Waled Dan Ummi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada waled yang ku kasihi dan ummi yang ku cintai..
Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.
          Tujuan angah coretkan warkah ini dengan tujuan  yang  besar untuk hidup angah.Angah pun tidak berapa jelas mengapa angah nak mencoretkan warkah ini kepada waled dan ummi. Rasanya sepanjang hidup ini, tak pernah lagi angah tulis surat untuk waled dan ummi. Selalunya kalau ada apa-apa pun, angah selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang angah tidak boleh  cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

        Dipendekkan cerita, angah sebenarnya untuk meminta redha dari waled dan ummi untuk mendirikan rumah tangga. Mungkin waled dan ummi terkejut apabila angah beritahu hari itu. Angah bercadang untuk mendirikan rumah tangga sewaktu angah pulang bercuti pada bulan 8 nanti. Apa yang angah nak bagitau, angah mahu berkahwin bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari tuntutan agama. Selain itu, dengan berkahwin, angah akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH
       Angah bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi angah mahu waled dan ummi faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina.
Allah Berfirman:

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

            Harus diingat, zina bukan setakat mengadakan hubungan kelamin dengan lawan jenis yang masih belum halal tetapi lebih daripada itu.
Memandang wanita dan lelaki ajnabi zina, bercakap dengan mereka zina, berfikirkan tentang mereka juga zina dan sebagainya.
Maka, lelaki dan wanita manakah yang mampu menahan semua ini, bagi orang yang bertakwa mereka runsing dengan semua ini. Mereka cuba memejamkan mata daripada memandang, menahan mulut daripada bercakap dan mengelakkan diri daripada berkhayal tentang yang haram itu tetapi mereka tetap manusia, lemah dan tidak berdaya. Nafsu syahwat itu fitrah, mereka cuba mencegahnya tapi keadaan dunia yang semakin menggila dan dipenuhi dengan kemungkaran kadang-kadang menyebabkan mereka turut terjerumus kelembah kemaksiatan itu.
Pendek kata, generasi muda Muslim kini diserang penyakit cinta dan zina
yang begitu kritikal sekali. Ubatnya hanya satu, kembali kepada islam dengan sebenar-benarnya. Islam ada caranya iaitu mensegerakan perkahwinan. Banyak hadis-hadis nabi yang menggalakkan seruan berkahwin kepada remaja ini bukan kerana apa. Kerana nabi telah mengetahui masalah penzinaan dan maksiat yang akan melanda umatnya suatu hari nanti sebagai mana yang telah melanda umat-umat nabi terdahulu.

            Seperti mana ummi dan waled ketahui, penyakit ini iaitu pembuangan bayi, seks bebas dan sebgainya telah merebak begitu ketara dinegara kita sendiri bahkan di Jordan dan negara-negara arab yang lain tidak terkecuali,
Lantas apakah tindakan kita didalam membasmi gejala ini? Adakah sekadar menunggu gerakan islam memerintah negara dan melaksanakan hukum hudud? Atau sekadar mengutuk dan mencela si pelaku atau bagaimana?
Sebagai umat islam, kitalah yang perlu berusaha mengubah semua ini, bagaimanakah merubah yg dimaksudkan? Tidak lain dan tidak bukan iaitu dengan menggalakkan remaja dan anak-anak agar supaya segera berkahwin. Hanya dengan berkahwinlah masalah ini dapat diselesaikan. Kitalah yang perlu membuat perubahan agar masyarakat sedar dan memahami tuntutan untuk mensegarakan perkahwinan dan memudahkannya kerana disebaliknya itu terkandung satu hikmah yang amat besar.
Angah faham, mungkin ummi dan waled akan berkata, bila berkahwin nanti, pelajaran akan terganggu dan macam mana nak sara isteri dan sebagainya. Oleh itu angah bawakan fakta-fakta dari kajian dan nasihat-nasihat yg diberikan oleh doktor dan syeikh yang angah pergi jumpa meminta nasihat.

            Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu pelajaran adalah tidak tepat.
Dan ini pula nasihat dari Dr.Syeikh Abdullah Nashih Ulwan kepada pemuda-pemuda yang mempunyai keinginan untuk berkahwin..
“Adapun masalah perkahwinan menggangu pelajaran adalah hujah yg dijadikan alasan bgi sesetengah pihak, namun kenyataan yang berlaku mendustakan dan membuktikan kepada kebatilannya.Sebelum aku menimba ilmu di Al-Azhar, aku termasuk dalam kalangan mereka yang berpendapat kahwin awal sangat menggangu pelajaran serta penghalang kepada kejayaan pelajar. Tetapi apabila aku berkahwin kira-kira setahun sebelum menamatkan pengajian, aku mula mengubah fikiran. Aku dapati kahwin adalah faktor yang paling besar dalam membantu pelajar mendapatkn fikiran yang lapang,jiwa yang tenang dan kehidupan yang bahagia.
Hal ini disebabkan sebelum aku kahwin,aku bnyak menghabiskan masaku dgn membasuh baju.memasak,kemas rumah dan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh si perantau didalam kehidupan hariannya. Sebaik sahaja aku kahwin, aku tidak lagi disibukkan dengan urusan ini lagi. Jadi aku berpeluang belajar sepenuhnya.
Sebenarnya tidak berkahwinlah yang menjadi penghalang pelajar mencapai cita-cita ilmunya. Hal ini berlaku kerana fikiran yang berserabut dan jiwa yang bergelora tidak memungkinkan untuk memperolehi ilmu. Tetapi apabila ia berkahwin keadannya menjadi tenang,jiwanya lega dan terhindar dari memikirkan perkara maksiat.
Syeikh menyambung lagi,keadaan ini membolehkan aku mencedok ilmu sebanyak-banyak yang boleh.Aku juga berangan-angan kalaulah aku berkahwin sejak hari pertama aku menunut ilmu, menjadikan fikiranku selamt drpd segala fikiran syaitan dan bisikan jiwa yang menggangu kehidupan remaja bujang dan menganggunya daripada persedian rohani,ilmu dan akhlak.”

            Dari segi ekonomi pula, angah mahu ummi dan waled yakin angah mampu untuk menyaranya. Buat masa sekarang ini,Allah membukan pintu rezeki yang angah pun tidak pernah terfikir sebelum ini, angah diberi peluang menjadi ejen kpd syarikt tiket penerbangan,umrah dan dibukakan jalan untuk menguruskan bisnes kargo. Insyaalah bnyak lagi pintu rezki yang akan dibukakan oleh Allah kepada angah, dan angah amat yakin dengan janji-janji Rasulallah yang bermaksud ada 3 golongan yang berhak mendapat pertolongan Allah iaitu orang yang berjuang di jalan Allah, orang yang berkahwin kerana memelihara diri daripada melakukan perkara haram dan maksiat, dan hamba yang berusaha memerdekakan diri.
Dan Allah pula berjanji kepada hambanya yang berkahwin dengan niat menjaga agamanya sedangkan diri mereka miskin.
FirmanNya dalam surah An-Nur :

32. dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.


          Apa-apa pun, angah tegaskan sekali lagi, angah bernikah bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah angah dapat menundukkan pandangan dan nafsu angah dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda ini, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti.         Punca maksiat ada di mana-mana. Angah tak nak angah akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan paling utama,angah tak nak menjadi fitnah kepada ummi dan waled di akhirat kelak di atas dosa yang angah lakukan sekiranya angah terjebak kelembah-lembah dosa itu nanti.
Angah amat sayangkn ummi dan waled, angah ingin menjadi anak yag soleh dan membahagiakan ummi dan waled. Justeru itu,angah amat mngharapkan restu daripada ummi dan waled dan memahami hasrat hati angah ini. Angah berjanji,dengan perkahwinan ini.menjadikan angah lebih cemerlang dan mengutip ilmu sebnyak yang mungkin di bumi yang barakah ini setelah ketengan jiwa dan hati diperolehi dan suatu hari nanti mampu untuk berdakwah, dapat berbakti pada agama dan meyeru masyarakat ke perjuangan dan landasan islam. Insyaalah.

Akhirul kalam, doakan angah di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat dan insyaallah menjadi seorang yang fakih didalam ilmu agama.



Puteramu
Nawawi bin Hassan