Monday, November 28, 2011

Coretan Hati seorang Hamba



Puji-pujian buat Pencipta yang mendatangkan mudarat dan fadilat atas diriku, juga yang memberi dan berhak mengambil roh yang bersemadi di dalam jasad kerdil ini. Selawat serta salam buat Nabi S.A.W, keluarga dan sahabat baginda. Moga diri yang dhaif ini mampu merasai secebis kemanisan semangat perjuangan mereka lantas mewakafkan seluruh kehidupan atas perjuangan mulia ini. Insya ALLAH.

Alhamdulillah. Ujian yang datang, membawa pergi ketenangan hati. Namun, kasihnya Ilahi pada hamba yang sering memungkiri janji tidak putus walau sedetik. Allahu rabbi, tetapkan diri jua hati ku di jalan ini. Walaupun sukarnya hanya Engkau yang mengetahui, namun masih ku simpan semangat jihad seorang lelaki para syuhada. Masih ku impikan watak ketenangan wajah sahabat kesayangan Rasulullah, Abu Bakar yang tenang bilamana mendengar wafatnya Rasulullah.

Ya Ilahi, terkoyak ketenangan yang puas disisip rapi dek panahan ujian perempuan. Hilang sukma rindu bertemu nikmat qiamullail dek panahan mazmumah yang bersarang di hati. Resah dan tangisan yang tak juga pergi. Namun Engkau sajalah yang mengerti betapa ku dambakan secebis ketenangan buat sisipan perjuangan ini. Dugaan datang menerjah kedangkalan akalku yang satu. Lalu, apa lagi yang ku miliki selain meminta pada Mu ya ALLAH. Kerna ku tahu, di atas setiap ujian yang menimpa, masih ku punya ALLAH yang Esa, yang Maha Mendengar dan Bijaksana dalam merencana kehidupan. Siapalah aku yang hina ini, selain merintih dan mengadu pada Mu.

Kata ayah, tiada perjuangan yang MUDAH. Lantas itulah dinamakan PERJUANGAN kerana setiap yang bakal dilakukan akan direntangi pelbagai ujian. Hatta kekasih ALLAH juga diuji dalam dakwahnya, inikan pula kita yang kerdil disisi Nya. Siapakah kita untuk mempersoalkan ujian yang hadir? Siapakah kita untuk mempersoalkan takdir yang ditetapkan?
Masih terasa peritnya cintaku pada seorang hambaMu ya Allah.Ibarat hati ini dipermainkan Apa salah aku padanya?Aku tidak pernah permainkan perasaanya?Ya Ilahi hanya Kau saja yang mampu memahami perasaan dalam jiwaku..butiran permataku menitis kesayuan..hanya doa mampu kupanjatkan untuk ketenangan dalam jiwaku.Kata ayah..usahlah bersedih sekiranya tidak memperolehi cinta dari sesorang wanita tapi bersedihlah bilamana kita tidak memperolehi cinta dari Pencipta.Terkedu diriku apabila mengingati uslub-uslub dari ayahku

Basah hatiku, tangisan berpanjangan hingga memudaratkan kesihatan yang selalu terumbang ambing. Lebih ku relakan jasad hina ini diuji dengan pelbagai mehnah berbanding ujian atas ketenangan hati. Namun, siapakah aku untuk menolaknya? Hilang secebis ketenangan sudah cukup untuk kehilangan nikmat kesihatan. Namun, tak pernah hilang rahmat Tuhan. Allahuakbar! Allahuakbar! Tiadalah yang lebih indah melainkan sentiasa dalam perhatian Mu.

Alhamdulillah, hikmah atas ujian yang datang. Semoga hati semakin utuh di jalan tarbiyyah.. Tidak sekali ingin melarikan diri dari medan juang, sekadar ingin mentarbiyyah hati dengan pelbagai sudut ilmu ALLAH. Alhamdulillah, ketenangan yang di dambakan, ditemui dalam surah al-Rahman.

Ayah mewajibkan aku mengamalkan surah al-Rahman sebaik mungkin dan memelihara kalamnya di hati. Aku menarik nafas berat, sungguh! Terlalu lama diri ini meninggalkan hafazan Quran Saban hari, surah Yaasin, al-Waqiah, al-Insyirah, al-Ikhlas, An-Naas jadi teman sanubari namun aktiviti menghafaz sudah beberapa ketika ditinggalkan dek kerana sibuknya dengan aktiviti lain. ALLAH nak beri mau’izzah pada aku dek kerana melepaskan aktiviti wajib suatu ketika dulu. Terima kasih ya ALLAH atas ujian yang menimpa!

Menggeletar seluruh tubuh saat membaca kalam demi kalam surah al-Rahman, terasa roh diisi dengan ketenangan.Surah yang penuh dengan mengagungkan Ilahi meresap didalam sanubariku. Rembesan mutiara air mata masih berbaki. Ya ALLAH, terima kasih di atas setiap titisan air mata ini. Inilah nikmat yang tiada taranya, yang mampu menenteramkan gelora hati, yang mampu menzahirkan bahagianya dalam ujian Mu... Ya Ilahi, jangan biarkan diriku walau sedetik dalam nikmat duniawi andai ia menyebabkan hamba Mu melupakan akhirat yang kekal abadi.Tidaklah hati bersarang mazmumah ini mengimpikan watak seorang para syuhada yang mengimpikan Ainul Mardhiah bidadari syurga.Namun, tidak sekali ku menjauhi sunnah Rasulullah. Bukanlah dari umatku andai tidak mengikuti sunnahku. Menggeletar seluruh badan mengingatkan amanah Rasulullah yang dicintai.

Penulisan ini adalah sebahagian pengalaman dari hidup sesorang.Pengalaman hidupnya ketika bercinta di alam remaja banyak memberi kegusaran dalam hatinya.Di adaptasi supaya dapat memberi manfaat kepada semua pembaca..nantikan penulisan saya yang seterusnya yang bertajuk berbalaskah cintaku?InsyaAllah.. 




Ya Allah andainya dia ditakdirkan untuku,biarlah agama menjadi penguat ikatan ini.andai selain dari mengharap redhaMu, relakan diri ini terus menyendiri.Sesungguhnya hati,roh dan perasaan ini telah ku tinggalkan bersama jasad yang bersemadi.Ya Ilahi andainya dia bukan miliku redhakan hatiku dengan ketentuanMu, aku yakin hanya pada Engkau tempat aku bergantung segala jodoh dan takdir..ameenn..Ya Rabbul alamin...


Sekadar Hiasan



Wednesday, November 16, 2011

Indahnya Bercinta Dengan RedhaNya

Penulisan ini saya coretkan untuk berkongsi pengalaman dari seorang kenalan rapat dengan saya yang bakal mendirikan masjid tidak berapa lama lagi....Penulisan ini adalah salah satu luahan dari hatinya kepada saya melalui emelnya pada saya.Saya terjemahkan beberapa sisipan daripada emelnya sebagai renungan bersama. Mudahan pengalaman ini dapat memberi manfaat pada pembaca yang saya hormati.

Saudara....
Saya teramat rapat dengan mak dan ayah, terlalu rapat! Kalau ALLAH jodohkan saya dengan seorang lelaki di dunia , biarlah dia seorang yang dapat menyenangi hati mak dan ayah. Sehebat mana pun dia, sebanyak mana sekalipun phd yang dia perolehi saya tak pandang pun. sekaya mana pun dia, Seharum mana sekalipun namanya di mulut manusia, kalau dia tidak mampu menyenangi mak dan ayah... Maka, di mata saya tetap tidak member apa-apa kelebihan. Bila saya berkahwin, saya tidak mahu mak dan ayah merasa kehilangan anak perempuan mereka. Saya sesekali tidak mahu mak dan ayah rasa saya dirampas dari mereka."

"Biarlah lelaki itu menyenangi hati mak dan ayah... Saya mahu mak dan ayah rasa mereka dapat seorang lagi anak lelaki yang bakal menyerikan lagi taman hati mereka. Saya juga mahu begitu, saya tidak mahu ibubapa lelaki tersebut merasakan saya merampas anak lelaki mereka. Saya tidak dibesarkan begitu... Saya tidak dilahirkan atas tujuan itu. Biarlah ibubapa lelaki pilihan ALLAH tersebut merasakan mereka mendapat seorang anak perempuan. Memang benar, apabila seorang perempuan berkahwin, dia seolah-olah menjadi 'tawanan' pada suaminya. Sekiranya ada makhluk yang ALLAH arahkan untuk disembah, maka suami adalah makhluk tersebut."

Bila kita sayangkan seseorang, bila kita kasihkan seseorang maka kita tidak seharusnya mencampakkan dirinya ke dalam neraka. Kalau kita tidak mampu membawa dia ke syurga sekalipun, usahlah menjadi penyebab dia ke neraka ALLAH... Kerana, cinta itu bukan untuk dibakar dengan api neraka tetapi perlu disuburkan dengan haruman kasturi syurga."

Siapa saja lelaki pilihan ALLAH tersebut, saya tidak sesekali akan buat-buat lupa untuk tanya 'Mak benar-benar redhakah kalau dia pilihan tersebut?' kerana... sedikit saja calar yang terpalit pada hati seorang ibu, natijahnya pada kehidupan di hadapan.


                                                                                                                                           Sahabatmu
                                                                                                                                         Qasseh soffiya


  "Tersenyum saya apabila membaca emelnya kepada saya.Dewasa ini, anak-anak melupakan ibu dan bapa. Bila ada sahabat yang mengadu itu dan ini mengenai ibubapa mereka, saya hanya mampu katakan satu saja.
 "Kumpullah saham akhirat banyak-banyak. Mungkin di dunia kita tak ada apa-apa, kita mati juga akhirnya dan harta dunia ditinggalkan tetapi sekiranya saham akhirat dihimpun dari awal insyaAllah kita akan turut membawa harta tersebut hingga ke 'sana'.. 

Seorang sahabat Rasulullah bertanya pada Rasulullah mafhum hadis:Apa perkara yang disukai Allah..Rasulullah menjawab Pertama: solat pada awal waktu, kemudian sahabat bertanya:kemudian apa lagi ya Rasulullah.Rasulullah menjawab: kedua berbakti kepada ibubapa, kemudian sahabat bertanya:kemudian apa lagi ya Rasulullah.Rasulullah menjawab ketiga jihad fisabilillah.

Mudahkan nak ke syurga?"Hanya melakukan sedikit kebaikan boleh menjamin kita menuju ke syurga..
 Bila ada orang mengadu dan meminta pendapat dari permasalahan mereka. Satu saja soalan saya.

 "Kamu ada buat sesuatu yang menyinggung hati ibu kamu?"
 "Kamu buat sesuatu yang ibu kamu tak suka?"
Kerana, kalau kamu sewenang-wenangnya melukakan hati ibu kamu. Mungkin mereka tidak mendoakan kecelakaan kamu tapi murka ALLAH akan membuatkan hidup kalian susah! Seorang ibu bisa membuatkan hidup kamu susah! Tidak percaya? Terpulang.
Cuma saya mahu kongsikan apa yang pernah seorang sahabat katakan pada saya.
 "Sepanjang pengamatan saya, seorang ibu hanya boleh cakap 'TIDAK atau JANGAN' tanpa tahu kenapa tetapi sebenarnya itu naluri ibu, datang dari ALLAH."

Subhanallah.

Mana mungkin lahir bayang-bayang yang lurus elok jika datangnya dari kayu yang bengkok. Kiranya mahu mencetak anak-anak soleh solehah, silalah berusaha keras menjadi si soleh dan si solehah... Kerana hati ibu yang berkuntum mekar akan selalu membuat hidupmu dirahmati dan diberkati, insya ALLAH!


Ya Allah..Jika aku jatuh cinta..cintakanlah aku pada sesorang yang melabuhkan cintanya padaMu
Agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMu
Ya Muhaimin..Jika aku jatuh hati izinkan aku menyentuh hati sesorang yang hatinya tertaut padaMu..
Agar tidak terjatuh aku dalamjurang cinta nafsu
Ya  Rabbana..Jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatimu
Ya Rabbul Izzati..Jika aku rindu..rindukanlah aku pada sesorang yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah..Jika aku menikmati cinta kekasihMu,Janganlah kenikmatan melebihi kenikmatan indahnya bermunajat sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah..Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,jangan  biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..
Ya Allah..Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu yang abadi hanya kepadaMu
Ameenn..Ya Rabbul Alamin...