Wednesday, April 27, 2011

Hukum Menyapu Kepala Mengikut Pandangan Mazhab


Antara sumber-sumber yang diambil oleh mazhab –mazhab fiqh antaranya :

Hukum Yang Disepakati :
1-Al-quraan
2-Sunah
3-Iimak
4-Qias

Hukum-Hukum Yang Tidak disepakati :
5-Istihsan (الاستحسان)
6-Isteslah (الاستصلاح)
7-Istishab (لاستصحاب)
8-Sadu’ Zarie”(سد الذائع)
9-Uruf (العرف)
10-Qaulul Sohabi (قول صحابي)
11-Amal Ahli Madinah (عمل اهل المدينة)
12-Syara’ Min Qoblina  (شرع من قبلنا)

Menyapu Kepala Ketika Berwuduk

Pendapat Mazhab syafie’
-Wajib menyapu kepala ketika berwuduk sekurang-kurangnya 3 helai rambut dibahagian ubun-ubun
-Berdasarkan dalil Al-Quraan
وامسحوا برؤسكم وأرجلكم إلى الكعبين
Maksudnya:sapulah kepala kamu dan kedua-dua belah tangan kamu sampai ke siku
-ulamak dari mazhab syafie berpendapat huruf ba’(ب) menunjukkan sebahagian yakni sebahagian kepala  iaitu dibahagian ubun-ubun kepala atau sekurang-kurangnya 3  helai rambut


Pendapat mazhab Hanafi

- Wajib mnyapu kepala ketika berwuduk sebanyak 1/4 kepala
-Berdasarkan dalil Al-Quraan :

وامسحوا برؤسكم وأرجلكم إلى الكعبين
Maksudnya:sapulah kepala kamu dan kedua-dua belah tangan kamu sampai ke siku

-ulamak dari mazhab Hanafi berpendapat huruf ba’(ب) menunjukkan sebahagian yakni sebahagian kepala  iaitu ¼ kepala

Pendapat Mazhab Maliki, Mazhab Hanbali dan Mazhab Zohari

-Wajib menyapu  keseluruhan kepala ketika berwuduk
-Berdasarkan dalil Al-Quraan :

وامسحوا برؤسكم وأرجلكم إلى الكعبين
Maksudnya:sapulah kepala kamu dan kedua-dua belah tangan kamu sampai ke siku

-Ulamak dari ketiga-tiga mazhab tersebut menggunakan ayat  Al-Quran secara zahir yakni bermaksud tanpa mengambil kira maksud tersurat dan tersirat ayat tersebut.

Pendapat Yang Disepakatiالراجح ) )

-Disunat berlebihan menyapu kepala ketika berwuduk tetapi makruh apabila menyebabkan berlakunya pembaziran
-pendapat yang pertama yang paling kukuh dan diterima
-pendapat ini digunapakai oleh orang yang bepegang pada mazhab syafie













Thursday, April 7, 2011

Cinta Itu Adalah Fitrah

Assalamualaikum….

           Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam. selawat dan salam kuhadiahkan kepada nabi yang kita amat cintai dan rindui serta kaum kerabat baginda dan juga kepada sahabat-sahabatnya yang sentiasa didalam redha Allah. Pertama dan selamanya kita meninggikan rasa kesyukuran kita kepada Pencipta alam semesta ini kerana kita masih diberikan kesempatan dan peluang untuk kita sesama mmperbaiki diri kita bersama dua nikmat Allah yang paling besar bagi kita didalam Islam yakni nikmat Iman dan Islam..

           Tajuk yang sesama kita akan kupas pada kali ini ialah CINTA. Perkataan cinta ini menampakkan impak yang besar bagi pemuda pemudi hari ini malah bagi kanak-kanak juga sudah mengenali istilah cinta ini. Hal ini kerana, istilah cinta ini acapkali dimainkan dan diperdengarkan di media massa yang sememangnya menjadi wasilah kepada semua orang. Banyak lagu-lagu, filem-filem yang menjadikan cinta ini sebagai tema mereka. Persoalannya disini, bagaimanakah istilah CINTA ini ditafsirkan? apakah benar cinta ini binasa? apakah benar cinta ini buta? Apakah pengertian cinta dari sudut agama.? Persoalan-persoalan ini akan dikupas dan dibincangkan bersama para pembaca sekalian..
          Pernahkah saudara saudari mendengar satu kata-kata cinta iaitu "cinta itu buta" ? tentu semua pernah mendengar ungkapan tersebut.Namun adakah benar cinta itu buta ataupun yang bercinta itu buta.? acap kali kita apabila gagal dalam satu perkara terus menyalahkan perkara tersebut, sebagai contoh, Jika kita gagal dalam pelajaran kita menyalahkan soalan susah, cikgu tidak mengajar dengan baik dan sebagainya. Tetapi jika dilihat dengan betul, siapakah yang salah, soalan atau diri kita.? begitu juga dengan cinta. kerap kali dilabelkan bahawa cinta itu buta, tapi bagi saya bukanlah cinta itu yang buta, Jika cinta itu buta maka gelaplah dunia percintaan itu sendiri. Cinta itu adalah satu benda yang subjektif, Ia sebenarnya satu benda yang amat-amat indah. Sesungguhnya manusia telah diciptakan bersama fitrah yang cenderung kepada kecantikan dan kelazatan. Andai diberi pilihan antara susu yang manis dan susu yang masam mestilah kita memilih susu yang manis. Hal ini kerana fitrah kita inginkan kelazatan. jadi keindahan cinta ini janganlah ditukarkan kepada kepahitan hingga seseorang itu merasakan perit lagi untuk bercinta…Bertepatan dengan firman Allah dalam Al-quraan
   

14. Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).                                                                                     surah Al-Imran :14

para pembaca yang dikasihi…
memang tidak dapat dinafikan bahawa cinta yang kekal dan hakiki itu adalah cinta Illahi…seterusnya cinta kita kepada rasul, sahabat-sahabat baginda, seterusnya ibu bapa kita dan barulah kepada makhluk-makhluk yang lain.cinta ini juga berbeza caranya mengikut peringkat…bagaimana cinta ini diekspirasikan akan disebut di lain kali…insyaAllah…cinta dari pandangan agama adalah tidak salah…kerana cinta itu pada hakikatnya adalah indah, dan cinta itu sendiri ada pada setiap insan…namun cinta ini boleh bertukar kepada buruk jika ianya dihiasi dengan melakukan larangan Tuhan…Cinta selepas kahwin adalah paling indah jika dibandingkan dengan cinta sebelum kahwin…kerana perkara yang diharamkan berkaitan dengan cinta adalah di halalkan selepas ikatan perkahwinan terjalin…
para pembaca yang budiman…
cinta itu lahir dari hati…perasaan cinta pada diri kita adalah normal.. perasaan cinta lelaki pada perempuan…perasaan cinta antara perempuan dan lelaki adalah normal…Hal ini adalah kerana cinta ini adalah sesuatu yang abstrak…ia tidak dapat dilihat…ia hanya mampu dirasa…didalam bahasa arab di panggil "af’al qulub" ataupun " mail qalbi"…perbuatan hati (abstrak) dan kecenderungan hati..cinta ini tidak dapat kawal kehadirannya…tetapi ia dapat dikawal jika sudah hadir…pengawalannya adalah dengan kita mengawal iman kita…
persoalan cinta ini adalah subjektif untuk dikupas…Maka cukuplah setakat ini kupasan saya.Jika ada pembaca yang berminat untuk berkongsi pendapat dengan saya…amatlah dialu--alukan…

Friday, April 1, 2011

Tunangan Halalmu Selepas Bernikah


Pertunangan bermaksud perjanjian yang dibuat oleh pasangan untuk melangsungkan perkahwinan. Ia adalah satu sunnah yang dituntut dalam Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda Aisyah Binti Abu Bakar dan Hafsah Binti Umar. Dengan berlangsungnya ikatan pertunangan tersebut, maka tergalaslah sebuah komitmen yang tidak rasmi pada diri seorang lelaki dan wanita yang belum berkahwin untuk mengenal hati budi masing-masing.
Islam membenarkan pertunangan sebagai cara untuk pasangan yang ingin berkahwin mengenali bakal isteri dan suami termasuklah ahli keluarga mereka sama ada dari segi fizikal dan mentaliti. Jadi sudah tidak hairan lagi pada kita jika ramai pasangan yang bercinta pada hari ini melangsungkan pertunangan sebelum mereka berganjak ke gerbang perkahwinan. Tapi silapnya pada masa kini, fitrah pertunangan ini sudah menjadi fitnah.
Konsep Pertunangan
Menurut konsep pertunangan dalam Islam yang sebenarnya, sesebuah pasangan perlu bertunang terlebih dahulu sebelum berkenalan dengan lebih rapat dengan pilihan hati mereka. Ia tidak lain adalah untuk menjaga kesucian sebuah perhubungan agar diredhai oleh Allah. Namun, yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya. Selepas berkenalan dengan pasangan masing-masing dan berpuas hati dengan sikap, perangai dan tingkah laku barulah mereka mengikat tali pertunangan. Ia sekadar menjadi petanda seseorang itu sudah mempunyai pemilik.
Bertunang tiada bezanya dengan bercinta. Ramai yang tersalah tafsir dengan adanya ikatan pertunangan, maka mereka mempunyai lesen untuk berdua-duaan, berpegang-pegangan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Sememangnya dalam tempoh bertunang pasangan dibenarkan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang diri pasangan dan pada waktu inilah mereka perlu memanfaatkan masa yang ada untuk berkenalan tetapi kita perlu ingat, jangan sampai ia melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.
Jauhi Perkara Zina
Kebanyakan umat Islam hari ini menganggap penzinaan itu adalah semata-mata melakukan persetubuhan haram. Sebenarnya, bukan perbuatan zina itu sahaja yang dilarang keras tetapi kelakuan dan tindak tanduk yang mendorong berlakunya perbuatan tersebut. Maksud perkataaan zina itu luas yang mana meliputi semua aspek perlakuan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Zina kedua-dua mata itu memandang perempuan yang ajnabi, zina kedua-dua telinga itu mendengar, zina kedua-dua tangan itu menyentuh, zina kedua-dua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini dan menangan-angankannya." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Jelaslah kepada kita semua perlakuan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang sudah akil baligh dan bukan mahram termasuklah yang sudah bertunang atau tidak, melainkan yang sudah berkahwin adalah dikira zina. Ia adalah perkara-perkara yang membuka peluang dan menimbulkan dorongan sekali gus memberi laluan mudah kepada pasangan bertunang untuk melakukan permulaan zina. Ini kerana, mereka telah meletakkan diri mereka berdua-duaan di suatu tempat dan seterusnya mendorong melakukan kemuncak kepada perbuatan yang terkutuk. Apabila berdua, maka akan ada yang ketiga.
Rasulullah SAW telah bersabda, "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan." (Hadis Riwayat Imam Ahmad).
Ramai Bersubahat
Larangan berdua-duaan dan perlakuan yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan sahaja ditujukan kepada pasangan yang bertunang sahaja tetapi termasuklah orang-orang sekeliling yang turut terbabit atau bersubahat. Ramai antara kita yang tidak sedar bahawa mereka secara tidak langsung terlibat dengan perlakuan yang hampir kepada zina. Contohnya dalam kalangan ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak teruna dan gadis mereka keluar berdua-duaan. Kononnya, ibu bapa yang 'sporting' dan memberi kebebasan serta kepercayaan kepada anak-anak mereka.
Kerana ceteknya ilmu agama dan terpengaruh dengan amalan dan budaya sosial Barat yang moden dan terkini, mereka tidak mahu dipandang kolot dan dan dilihat alim. Ramai yang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa dan sudah menjadi tradisi malah selari dengan zaman moden sekarang ini. Tambahan pula, ada ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak berdua-duaan dengan tunang dan kekasih mereka kerana mengingatkan manisnya zaman percintaan mereka semasa muda dahulu dan ingin anak-anak mereka merasai nikmat alam percintaan sebagaimana mereka dahulu.
Bertunang Bukan Tiket Buat Maksiat
Fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan muda mudi sekarang khususnya yang beragama Islam boleh menyebabkan merebaknya kelahiran anak luar nikah dan sebagainya. Itu adalah antara bukti-bukti penerimaan ibu bapa dan masyarakat sekeliling kepada aktiviti berdua-duaan pada pasangan bertunang. Jangan biarkan diri terhantuk baru tengadah. Sedarlah, pengaruh budaya barat dalam bidang sosial ini harus dianggap sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam.
Oleh itu, walaupun sudah bertunang, jangan anggap ia sebagai tiket untuk berdua-duaan dan menghalalkan segala bentuk perhubungan sebagaimana suami isteri. Pastikan jalinan hubungan cinta itu tidak melanggar hukum Allah dengan tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan, tidak mendedahkan aurat, tidak meninggalkan solat dan sebagainya. Jangan jadikan hubungan tersebut perkara yang melalaikan dan merugikan. Kita masih belum menjadi hak milik pasangan kita sepenuhnya. Jagalah maruah agama, diri dan keluarga. Jangan disebabkan racun dalam percintaan ini disangka baja dan mampu menyuburkan hubungan yang dibina berkekalan kerana setiap apa yang berlaku berbalik kepada ketentuan Allah.
Cinta yang suci dan terpelihara pasti akan membawa pasangan yang sudah bertunang ke gerbang perkahwinan sehingga kemanisannya dan kebahagiaannya tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ketika itulah fitrah menjadi anugerah.
- Artikel iluvislam.com 
-p/s http://luklukmanthurah.blogspot.com/