Sunday, May 22, 2011

Ber TDI Sehingga ke Syurga




       Ukhwah adalah satu nama yang sinonim dengan kita..Acapkali kita mendengar ungkapan ini didalam suatu majlis ilmu atau diluar majlis ilmu..Sungguh indah ungkapan ukhwah tapi sejauhmanakah yang difahami maksud sebenar ukhwah? adakah ukhwah itu adalah satu ikatan percintaan atau sebaliknya?Ukhwah adalah satu ikatan tali persaudaraan antara sesama manusia..Apabila hadirnya ikatan ini maka terbentuklah satu ikatan yang kukuh dalam diri setiap individu itu..Bertepatan dengan  firman Allah:


 sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Bagaimanakah kita ingin menguatkan ikatan ini?Apakah cara untuk membentuk ikatan ini?Maka di sini saya meletakkan satu kaedah untuk membentuk ikatan ini.Kaedah ini masyhur digunakannya dari zaman Nabi Muhammad s.a.w sehingga diterjemahkan oleh Hassan Al-Banna.Kaedah ini dinamakan keluarga atau dalam istilah bahasa arab dinamakan usrah..Apabila wujudnya usrah ini maka umat islam dapat dibentuk akhlaknya serta menjadi contoh tauladan..Apakah yang dimaksudkan usrah? Adakah Usrah dimaksudkan sebagai satu  majlis ilmu semata-mata?Skop usrah sangat meluas.Ia bukan semata-mata satu majlis Ilmu tetapi majlis untuk meningkatkan komitmen dalam Islam dan usaha memperjuangkannya. Usrah juga merupakan majlis untuk membincangkan masalah dan mengupas isu semasa dikalangan ahli usrah. Kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanannya lesu dan tidak bermaya. Ia juga tidak akan memberi apa-apa kesan pada peribadi dan juga pergerakan jemaah.


Disini saya mendefinasikan apa yang dimaksudkan usrah? Usrah bermakna keluarga. Rapatnya hubungan antara anggota usrah menyebabkan kadang-kadang ia lebih akrab dari hubungan saudara sekeluarga.
Manakala istilah yang disebut oleh para ulama’ ialah individu Muslim yang beriman kepada Allah yang berusaha dalam membina fikrah Islam dalam diri dan peribadi Muslim. Berusaha untuk tolong- menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam dan melaksanakan amanah yang dipikulkan ke atas mereka dalam mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah serta menjauhkan diri dari pengabdian diri kepada manusia dan taghut.
Disini saya meletakkan 3 batu asas dalam membina sesebuah kekuatan usrah:

1-taaruf

Iaitu berkenalan sesama anggota, seperti nama, pekerjaan, umur, latar belakang pendidikan, latar belakang keluarga, tempat tinggal, pengalaman yang dilalui selama ini sehingga masing-masing merasakan bahawa setiap anggota adalah sebahagian daripadanya dirinya sendiri. Asas kepada gerakan dakwah ialah kasih sayang dan ia bermula daripada pengenalan yang mendalam antara dua saudara.

Oleh itu, taaruf hendaklah berkenal-kenalan serta berkasih sayang dengan semangat cintakan agama Allah. Taaruf ini hendaklah daripada dua belah pihak-memberi dan menerima.Tidak bermakna hanya menerima tetapi tidak memberi.Bahkan kemanisan itu wujud apabila kita memberi dan menerima antara kedua-dua belah pihak.

Sabda Rasulullah  s.a.w:

Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain”

Sabda Rasulullah s.a.w :

” Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kasih sayang mereka, dan dalam persimpatian mereka adalah laksana badan yang satu”


2.Tafahum

Persefahaman ini penting kerana ikatan tidak akan dapat dibentuk sekiranya tidak ada persefahaman yang mantap di kalangan anggota. Apabila persefahaman ini wujud maka segala nasihat-manasihati menjadi baik. Apabila persefahaman terpaut sesama anggata maka ia akan membuahkan kasih sayang antara mereka.Apabila persefahaman terpaut sesama anggota maka ia akan membuahkan kasih sayang antara mereka.Perasaan syak wasangka hilang, perasaan hasad dengki terhindar. Dua saudara tidak mengambil hati apabila ia di tegur oleh sahabat. Rukun tafahum ini berkait rapat dengan ukhuwwah kerana ukhuwwah tidak dapat dilaksanakan kecuali sudah ada persefahaman di kalangan mereka

3.Takaful

Dalam kumpulan usrah hendaklah ada perasaan tolong-menolong dan bantu-membantu dikalangan saudara yang lain dalam menghadapi apa sahaja suasana yang memerlukan bantuan normal dan material samada bersifat peribadi mahupun keluarga. Oleh itu, Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk memikul bebanan sesama sendiri. Dasar takaful ini merupakan tunjang iman dan intipati ukhuwah sejati. Kita hendaklah bertanya khabar, ziarah menziarahi dan berganti kebajikan dengan cara tolong-menolong antara satu sama lain. Jangan biarkan saudara seperjuangan terlantar tanpa apa-apa berita dan pembelaan.

Kesimpulannya, usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan ahli usrah bagi melakukan kerja Islam yang mencabar. Tegur-menegur antara sesama ahli dan nasihat-menasihati adalah asas kekuatan jemaah.Di samping itu, usrah dapat membentuk jati diri sesorang muslim. Kemanisan usrah akan terasa apabila pelaksanaannya menepati kehendak usrah.


Memberi,Beramal,Bertawakal

Bersama Ahli Usrah












No comments:

Post a Comment