Friday, March 25, 2011

Warkah Untuk Waled Dan Ummi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada waled yang ku kasihi dan ummi yang ku cintai..
Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.
          Tujuan angah coretkan warkah ini dengan tujuan  yang  besar untuk hidup angah.Angah pun tidak berapa jelas mengapa angah nak mencoretkan warkah ini kepada waled dan ummi. Rasanya sepanjang hidup ini, tak pernah lagi angah tulis surat untuk waled dan ummi. Selalunya kalau ada apa-apa pun, angah selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang angah tidak boleh  cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

        Dipendekkan cerita, angah sebenarnya untuk meminta redha dari waled dan ummi untuk mendirikan rumah tangga. Mungkin waled dan ummi terkejut apabila angah beritahu hari itu. Angah bercadang untuk mendirikan rumah tangga sewaktu angah pulang bercuti pada bulan 8 nanti. Apa yang angah nak bagitau, angah mahu berkahwin bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari tuntutan agama. Selain itu, dengan berkahwin, angah akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH
       Angah bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi angah mahu waled dan ummi faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina.
Allah Berfirman:

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

            Harus diingat, zina bukan setakat mengadakan hubungan kelamin dengan lawan jenis yang masih belum halal tetapi lebih daripada itu.
Memandang wanita dan lelaki ajnabi zina, bercakap dengan mereka zina, berfikirkan tentang mereka juga zina dan sebagainya.
Maka, lelaki dan wanita manakah yang mampu menahan semua ini, bagi orang yang bertakwa mereka runsing dengan semua ini. Mereka cuba memejamkan mata daripada memandang, menahan mulut daripada bercakap dan mengelakkan diri daripada berkhayal tentang yang haram itu tetapi mereka tetap manusia, lemah dan tidak berdaya. Nafsu syahwat itu fitrah, mereka cuba mencegahnya tapi keadaan dunia yang semakin menggila dan dipenuhi dengan kemungkaran kadang-kadang menyebabkan mereka turut terjerumus kelembah kemaksiatan itu.
Pendek kata, generasi muda Muslim kini diserang penyakit cinta dan zina
yang begitu kritikal sekali. Ubatnya hanya satu, kembali kepada islam dengan sebenar-benarnya. Islam ada caranya iaitu mensegerakan perkahwinan. Banyak hadis-hadis nabi yang menggalakkan seruan berkahwin kepada remaja ini bukan kerana apa. Kerana nabi telah mengetahui masalah penzinaan dan maksiat yang akan melanda umatnya suatu hari nanti sebagai mana yang telah melanda umat-umat nabi terdahulu.

            Seperti mana ummi dan waled ketahui, penyakit ini iaitu pembuangan bayi, seks bebas dan sebgainya telah merebak begitu ketara dinegara kita sendiri bahkan di Jordan dan negara-negara arab yang lain tidak terkecuali,
Lantas apakah tindakan kita didalam membasmi gejala ini? Adakah sekadar menunggu gerakan islam memerintah negara dan melaksanakan hukum hudud? Atau sekadar mengutuk dan mencela si pelaku atau bagaimana?
Sebagai umat islam, kitalah yang perlu berusaha mengubah semua ini, bagaimanakah merubah yg dimaksudkan? Tidak lain dan tidak bukan iaitu dengan menggalakkan remaja dan anak-anak agar supaya segera berkahwin. Hanya dengan berkahwinlah masalah ini dapat diselesaikan. Kitalah yang perlu membuat perubahan agar masyarakat sedar dan memahami tuntutan untuk mensegarakan perkahwinan dan memudahkannya kerana disebaliknya itu terkandung satu hikmah yang amat besar.
Angah faham, mungkin ummi dan waled akan berkata, bila berkahwin nanti, pelajaran akan terganggu dan macam mana nak sara isteri dan sebagainya. Oleh itu angah bawakan fakta-fakta dari kajian dan nasihat-nasihat yg diberikan oleh doktor dan syeikh yang angah pergi jumpa meminta nasihat.

            Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu pelajaran adalah tidak tepat.
Dan ini pula nasihat dari Dr.Syeikh Abdullah Nashih Ulwan kepada pemuda-pemuda yang mempunyai keinginan untuk berkahwin..
“Adapun masalah perkahwinan menggangu pelajaran adalah hujah yg dijadikan alasan bgi sesetengah pihak, namun kenyataan yang berlaku mendustakan dan membuktikan kepada kebatilannya.Sebelum aku menimba ilmu di Al-Azhar, aku termasuk dalam kalangan mereka yang berpendapat kahwin awal sangat menggangu pelajaran serta penghalang kepada kejayaan pelajar. Tetapi apabila aku berkahwin kira-kira setahun sebelum menamatkan pengajian, aku mula mengubah fikiran. Aku dapati kahwin adalah faktor yang paling besar dalam membantu pelajar mendapatkn fikiran yang lapang,jiwa yang tenang dan kehidupan yang bahagia.
Hal ini disebabkan sebelum aku kahwin,aku bnyak menghabiskan masaku dgn membasuh baju.memasak,kemas rumah dan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh si perantau didalam kehidupan hariannya. Sebaik sahaja aku kahwin, aku tidak lagi disibukkan dengan urusan ini lagi. Jadi aku berpeluang belajar sepenuhnya.
Sebenarnya tidak berkahwinlah yang menjadi penghalang pelajar mencapai cita-cita ilmunya. Hal ini berlaku kerana fikiran yang berserabut dan jiwa yang bergelora tidak memungkinkan untuk memperolehi ilmu. Tetapi apabila ia berkahwin keadannya menjadi tenang,jiwanya lega dan terhindar dari memikirkan perkara maksiat.
Syeikh menyambung lagi,keadaan ini membolehkan aku mencedok ilmu sebanyak-banyak yang boleh.Aku juga berangan-angan kalaulah aku berkahwin sejak hari pertama aku menunut ilmu, menjadikan fikiranku selamt drpd segala fikiran syaitan dan bisikan jiwa yang menggangu kehidupan remaja bujang dan menganggunya daripada persedian rohani,ilmu dan akhlak.”

            Dari segi ekonomi pula, angah mahu ummi dan waled yakin angah mampu untuk menyaranya. Buat masa sekarang ini,Allah membukan pintu rezeki yang angah pun tidak pernah terfikir sebelum ini, angah diberi peluang menjadi ejen kpd syarikt tiket penerbangan,umrah dan dibukakan jalan untuk menguruskan bisnes kargo. Insyaalah bnyak lagi pintu rezki yang akan dibukakan oleh Allah kepada angah, dan angah amat yakin dengan janji-janji Rasulallah yang bermaksud ada 3 golongan yang berhak mendapat pertolongan Allah iaitu orang yang berjuang di jalan Allah, orang yang berkahwin kerana memelihara diri daripada melakukan perkara haram dan maksiat, dan hamba yang berusaha memerdekakan diri.
Dan Allah pula berjanji kepada hambanya yang berkahwin dengan niat menjaga agamanya sedangkan diri mereka miskin.
FirmanNya dalam surah An-Nur :

32. dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.


          Apa-apa pun, angah tegaskan sekali lagi, angah bernikah bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah angah dapat menundukkan pandangan dan nafsu angah dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda ini, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti.         Punca maksiat ada di mana-mana. Angah tak nak angah akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan paling utama,angah tak nak menjadi fitnah kepada ummi dan waled di akhirat kelak di atas dosa yang angah lakukan sekiranya angah terjebak kelembah-lembah dosa itu nanti.
Angah amat sayangkn ummi dan waled, angah ingin menjadi anak yag soleh dan membahagiakan ummi dan waled. Justeru itu,angah amat mngharapkan restu daripada ummi dan waled dan memahami hasrat hati angah ini. Angah berjanji,dengan perkahwinan ini.menjadikan angah lebih cemerlang dan mengutip ilmu sebnyak yang mungkin di bumi yang barakah ini setelah ketengan jiwa dan hati diperolehi dan suatu hari nanti mampu untuk berdakwah, dapat berbakti pada agama dan meyeru masyarakat ke perjuangan dan landasan islam. Insyaalah.

Akhirul kalam, doakan angah di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat dan insyaallah menjadi seorang yang fakih didalam ilmu agama.



Puteramu
Nawawi bin Hassan



2 comments:

  1. utk ust syukran..post la warkah ini utk ibu dan ayh ust dikmpung..pasti ..pasti dterima..:)

    ReplyDelete
  2. :-)belum sampai waktu saya kirimkan warkah ini pada bonda dan ayahanda saya..cukuplah sahabat2 saya dahulukan..saya akan menyusurnya kemudian masa..insyaAllaj..

    ReplyDelete